loading...

Golongan LGBT Jangan Mimpi Jadi Pegawai Polis – Timbalan KPN

KUALA LUMPUR ― Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) menegaskan hari ini bahawa golongan yang mengaku lesbian, gay, biseks atau transgender (LGBT) secara terbuka tidak akan diterima ke dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun mereka berkelayakan.

 

Menurut Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, “budaya LGBT” tidak dapat diterima di negara ini kerana sentimen masyarakat dan budaya, walaupun mereka tidak menanggung diskriminasi di negara barat dan mampu berkhidmat sebagai pegawai polis.

 

“Sehingga hari ini, budaya LGBT tidak dapat diterima di negara ini, jadi berdasarkan prinsip itu, kami akan masih berpegang kepada kuota masa ini untuk lelaki dan wanita.

 

“Jika mereka berkelayakan, mereka mesti berpegang kepada amalan yang diterima di negara ini,” kata beliau dalam sidang media di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak.

 

Noor Rashid memberi jawapan apabila disoal wartawan samada PDRM akan mula menerima permohonan daripada golongan gay dan transgender, dan akhirnya mengikuti aliran semasa seperti di barat ataupun India.

 

“Bukan saya yang tentukan budaya ini, tetapi penerimaan oleh masyarakat … Kita cuma mengikut cara kita di sini,” tambah beliau. – MalayMail

Previous
Next Post »
loading...