loading...

“Pejam Mata, Buka Mata Nampak Awak”. Penjaga Gol N9 Luah Rasa Rindu Kehilangan Isteri Dan Anak

Penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman menerima berita sedih dan meluahkan rasa sebak atas kehilangan isterinya selepas melahirkan anak.

Lebih memilukan, beliau juga baru kehilangan anaknya yang baharu dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.Berita sedih ini turut dikongsi Facebook Team N9FC dan Twitter PFA Malaysia.

Di Instagramnya, Mohd Kaharuddin meluahkan rasa rindu kepada kedua insan kesayangannya.

“Saya reda. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.

“Rindu!!! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak, makan nampak awak.

“Rindu yang tiada penghujungnya. SubhanaALLAH, Di saat anak baru lelapkan mata di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama,” tulisnya.

Mohd Kaharuddin turut meluahkan rasa bangga kerana dikurniakan isteri yang hebat.

“Awak isteri dan ummi yang hebat!”.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial instagramnya, menzahirkan terima kasih yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga keciknya.

“Saya tidak mampu balasnya..semoga ALLAH balas semuanya..Amin..”.

Sumber: Sinar Harian

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...