Mungkin ramai yang kurang mengetahui mengenai sukan Dodgeball ini tapi tahukah anda bahawa skuad kebangsaan sudah berada di taraf antarabangsa.
Dalam Kejohanan Piala Dunia Dodgeball 2018 yang berlangsung semalam di Madison Square Garden, New York pasukan Dodgeball lelaki Malaysia berjaya melangkah ke akhir sebelum tumpas kepada juara Australia dengan keputusan 11-15.
Presiden Persekutuan Dodgeball Malaysia, Datuk Mas Ermieyai Samsudin dalam kenyataan memaklumkan bahawa keputusan ini cukup membanggakan walaupun mereka mensasarkan untuk menjadi juara dunia.
Sebelum melangkah ke akhir, Malaysia berjaya menumpaskan juara sebelum ini iaitu England pada perlawanan separuh akhir.
Kejayaan ini mungkin boleh memberikan inspirasi kepada orang di luar sana untuk bersama-sama menyertai sukan DodgeBall ini. Sememangnya ia menyeronokkan dan dengan kejayaan ini akan membuka mata pelbagai pihak untuk menyertai dan menaja sukan ini.
Semoga diberikan ruang juga dari segi kewangan agar skuad negara mampu berkembang hingga ke akar umbi.