loading...

Lan Kongsikan Jahitan Di Bibir, Hidung Quxandra Perlu Diurut 100 Kali Sehari

Selepas menjalani pembedahan bibir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada penghujung Mei lalu, penyanyi Lan Solo memberitahu anak keempatnya, Nur Amna Quxandra berkemungkinan perlu menjalani pembedahan buat kali kedua.

Lan berkata dia perlu berbincang dengan doktor pakar sekiranya garisan di bahagian lelangit anaknya yang mesra dengan panggilan BabyXandra merekah.

Bagaimanapun, Lan berharap BabyXandra tidak perlu melalui pembedahan lagi kerana tidak sanggup untuk melihat bayinya itu berpuasa.

“Kalau keadaan lelangit itu merekah atau terbelah, kena ada perbincangan seterusnya dengan pakar.

“Tapi kalau boleh tak nak dia lalui pembedahan lagi. Tak sanggup nak puasakan dia.

“Namun, setakat ini lelangit tu masih okey. Sebab dia minum dan makan dah tak terkeluar melalui hidung,” katanya.

Isteri Lan, Nur Sheila Hashim turut memuat naik video memperlihatkan bahagian atas lelangit anaknya mempunyai garisan putih di laman sosialnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini memberitahu keadaan anaknya kini semakin sihat dan sudah mula menikmati makanan.

Biarpun jahitan di bibir dan hidung semakin sembuh namun masih perlu penjagaan yang betul supaya jahitan tersebut tidak naik ke atas.

“Sekarang ini Xandra sihat dan makin kuat menyusu. Dia dah mula makan sebab kalau susu saja tak kenyang.

“Kesan jahitan kat bibir dan hidung dah makin sembuh tapi masih perlu di urut 100 kali sehari supaya kesan jahitan tu tak ternaik ke atas.

“Kalau masih ternaik, mungkin kena ada pemeriksaan kecil untuk betulkan bibir tu,” ujarnya.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan bayi keempat mereka pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Sumber: Mstar & ig lansolo

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...