loading...

Kekuatan Tentera Malaysia Paling Lemah Di Asia Tenggara – Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mendedahkan kekuatan tentera Malaysia kini paling lemah di Asia Tenggara.

“Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah.

“Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia nombor satu,” katanya dalam sesi soal jawab menteri di parlimen hari ini.

Katanya, keadaan itu berbeza sama sekali dengan era 70-an ketika kuasa ketenteraan Malaysia terkuat di rantau ini.

“Malu kita, kalau kita pergi ke peringkat antarabangsa.

“Saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali, nombor satu semula,” kata pemimpin kanan Pakatan Harapan itu.

Mohamad berkata demikian ketika menjawab soalan Danyal Balagopal Abdullah (HARAPAN-Port Dickson), yang mahu tahu berkaitan kekangan pasukan keselamatan dari segi campur tangan kementerian dan peruntukan.

Sementara itu, Mohamad juga mengakui pasukan keselamatan kurang peruntukan.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion atau 62 peratus daripada jumlah yang dipohon.

Previous
Next Post »
loading...