loading...

“Kali Ni Pun Girl”. 8 Tahun Berehat, Fiza Dan Suami Teruja Tunggu Orang Baru

Pelakon Fiza Abdul Halim masih tidak berpeluang melihat wajah bayi dalam kandungannya menerusi imbasan ultrasound yang dilakukan.

Fiza berkata doktor yang melakukan imbasan itu memberitahu anaknya sentiasa berada dalam posisi bersujud hingga menyebabkan wajahnya terlindung.

“Tadi masa scan doctor beritahu ‘your baby always praying’.

“Jadi tak boleh buat 4D (ultrasound) sebab baby sentiasa dalam posisi bersujud,” tulisnya.

Fiza yang kini hamil lapan bulan berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Selain itu, Fiza turut memberitahu dia bakal melahirkan anak ketiganya pada penghujung September.

“Insya-Allah due date saya hujung bulan Sepember.

“Harap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Berdasarkan perkongsiannya lagi, Fiza berkata anak ketiganya ini juga adalah perempuan.

“In shaa allah… kata doc girl…hihi..”

Nampak gayanya Fiza dan suami pun dah teruja nak menimang cahaya mata dan segala persiapan untuk menerima orang baru dah siap.

Bagi Fiza pengalaman bersalin kali ini ibarat kali pertama selepas lapan tahun tak ‘berehat’.

Pelakon Nana Tanjung itu berkahwin kali ketiga dengan seorang juruterbang iaitu Aizat Al Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016.

Terdahulu, Fiza pernah berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 dan bercerai pada 2016, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fiza pernah bernikah dengan Ahmed Farriq dan dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 9, dan Feeya Adyrra berusia lapan tahun.

Sumber: ig fizaabdulhalim & astro gempak

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...