loading...

Cara Shuib Beri Hukuman Pada Anak Buat Netizen Respek. Tegas Tapi Beri Pengajaran

Cara yang dilakukan oleh Shuib Sepahtu dengan memberi hukuman kepada tiga anaknya menerima pujian ramai.

Menerusi instagram Siti Sarah, Shuib dilihat memberi pengajaran kepada anak mereka kerana bergaduh sesama sendiri.

“Bila buat salah pasti ada hukuman, pengajaran untuk kita semua.

“Bergaduh adik-beradik tak guna, sama macam tumbuk dinding, lagi kuat tumbuknya lagi sakit sendiri. Wallahualam, moga bermanfaat untuk semua,” tulis Sarah.

Video yang dimuat naik pada petang Isnin itu menerima lebih 700,000 tontonan di instagram tersebut.

Rata-rata netizen memuji cara Shuib mengajar anaknya dengan cara didikan tegasa tapi penyayang..

“Memang terbaik boleh cuba kat anak-anak di rumah dorang mmg kuat begaduh”

“Sokong buat pengajaran macam ni, bukan nak dera atau marahkan mereka cuma nak mereka faham apa erti kasih sayang adik-beradik”.

“Suka sangat tengok kak Sarah didik anak. Saya tengah cuba didik anak saya macam tu”.

Sementara itu, mengikut perkongsian Sarah lagi, caranya mendidik anak sekarang akan menjadi penentu kepada sikap anak-anaknya bila besar. Biar menangis sekarang daripada menangis kemudian.

Sumber: instagram Siti Sarah & Shuib

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...