loading...

Buka Semula Tudung, Zila Seeron Dikecam Teruk

Selepas melalui episod perpisahan bersama suami, Along Cham pada tahun lalu dengan penuh kontroversi, kini Zila Seeron kembali memeriahkan industri hiburan apabila tampil tidak bertudung di Instagram.

BACA: Zila Seeron Dan Pasangan Mengaku Berkhalwat

Melalui muatnaik gambar dan video terbaru di laman sosial itu, Zila dilihat bergambar bersama anak lelakinya dan juga menyanyi melalui aplikasi Smule. Bagaimanapun perubahan yang dilakukan oleh Zila itu bagaimanapun mendapat reaksi berbaur daripada pengikut di Instagram.

Ada yang menyatakan Zila kelihatan cantik kini dengan rambut blonde barunya itu dan lebih ramai lagi yang mengecam tindakannya membuka tudung. Boleh tahan kasar juga kata-kata yang dilemparkan namun Zila dilihat tidak melayan komen tersebut.

Apa pun, Zila pastinya mempunyai jawapan tersendiri mengapa dia berubah dan hanya dia sendiri tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Sebelum ini Zila pernah mengakui bahawa dia kurang didikan agama dan ramai juga warga laman sosial mendoakan agar Zila mendapat hidayah dan petunjuk yang terbaik. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...