Tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka yang juga perempuan. Bayi comel tersebut telah dilahirkan secara normal pada jam 6.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar selepas isterinya dimasukkan ke hospital Selasa lalu.
BACA: Peminat Alif Satar Tawar Diri Jadi Isteri Kedua
“Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat. Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya”
“Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai rasa terujanya dengan kelahiran anak kedua mereka yang selamat dilahirkan.
Dalam pada itu, Alif turut memuat naik gambar beliau bersama bayi keduanya dilaman sosial untuk berkongsikan berita gembira itu bersama peminat. Rata-rata peminat begitu teruja melihat wajah bayi comel tersebut sambil mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW