loading...

‘Saya Tidak Alami Alahan Seteruk Anak Pertama’- Lisa Surihani

KUALA LUMPUR – Pelakon Lisa Surihani yang kini mengandungkan anak keduanya menjelaskan tidak mengalami alahan seteruk ketika dia mengandungkan anak pertamanya.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk ketika mengandungkan anak yang kedua ini.

“Ia amat berbeza sekali kerana ketika mengandungkan yang pertama, saya akan mengalami alahan pada setiap pagi dengan teruk sekali dan dia boleh menyebabkan sakit selama seharian.

“Namun, untuk yang kedua ini ia tidak begitu teruk dan akan

datang secara tidak tentu masa.

“Maksudnya sekarang kalau alahan itu nak datang ia akan datang tetapi bukanlah setiap hari seperti pada 10 minggu yang pertama,” katanya yang kini sudah memasuki trimester kedua, petik Astro Gempak.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, dan Yusry Abdul Halim, 42, bernikah pada 23 Februari 2012, dikurniakan anak sulung bernama Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September 2015.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...