loading...

Sony Music Mohon Maaf Tidak Sensitif, Guna Pakaian Nazi

JEPUN – Sony Music memohon maaf selepas menerima kecaman orang ramai kerana tidak sensitif membiarkan anggota kumpulan muzik naungannya memakai pakaian seragam tentera Nazi  bagi sambutan Halloween.

 

BBC melaporkan, kumpulan pop Keyakizaka46 muncul di atas pentas pada 22 Oktober lalu memakai jubah hitam dan topi menyerupai pegawai Nazi.

 

 

“Kami memohon maaf dengan tulus ikhlas kerana kesalahan ini,” kata kenyataan dari Sony Music (Jepun).

 

Kumpulan Keyakizaki46 yang diuruskan Yasushi Akimoto juga memohon maaf kerana ‘tidak sensitif’ dan mendakwa ‘tidak tahu’ dengan pilihan persalinan pada hari kejadian.

 

Yasashi memberi jaminan persalinan kumpulannya akan diperiksa dengan teliti pada masa hadapan.

 

Pada 2011, kumpulan artis naungan Sony, Kishidan juga melakukan kesalahan sama ketika muncul dalam sebuah siaran televisyen.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...