loading...

Serangan Tak Logik Pembangkang

Tulisan asal oleh :

 

Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 21 November 2016.

 

Serangan tidak logik secara berterusan hari ini sekali lagi datang dari kenyataan bersama dari Rafizi, Tony Pua, Wong Chen, Hatta Ramli dan Ong Kian Ming dari Pakatan.

 

5 Ahli Parlimen ini berkata hakikat bahawa Petronas pernah menjalankan khidmat kargo rel-link perlahan sejauh 77km dengan 3 hentian antara Kompleks Petroleum Kerteh ke kompleks petroleum lain di Gebeng dan ke Pelabuhan Kuantan adalah bukti bahawa ECRL tidak berdaya maju.

 

Saya tidak pasti sama ada 5 Ahli Parlimen Pakatan ini memahami perbezaan antara landasan kereta api perlahan yang membawa muatan sejauh 77km untuk kegunaan perindustrian Petronas dengan landasan kereta api elektrik moden 170km/j yang membawa muatan dan penumpang sejauh 688km yang menghubungkan Kelantan ke pelabuhan timur Kuantan dan Kemaman dengan pelabuhan barat Port Klang – yang akan membuktikan akan menjadi satu kelebihan strategik untuk pengurusan perkapalan dan logistik timur ke barat.

 

Pada mulanya, mereka berkata ECRL adalah landasan yang paling mahal di dunia – yang mana telah terbukti salah apabila contoh lain dikemukakan.

 

Kemudian mereka berkata bahawa trek ‘single’ yang tidak menggunakan elektrik sepanjang dataran rata di Tanzania di mana lebih separuh daripada trek itu adalah untuk menggantikan trek yang sedia ada adalah bukti bahawa ECRL adalah lebih mahal – walaupun ECRL adalah projek kereta api elektrik greenfield yang mempunyai trek ‘double formation’ yang akan melalui banjaran gunung dengan jambatan sejauh 110km dan terowong sejauh 50km.

 

Kemudian mereka berkata bahawa tiket kereta api adalah terlalu mahal – hanya untuk diberitahu bahawa 70% daripada trafik kereta api itu sebenarnya adalah muatan.

 

Dan apabila itu gagal, Pakatan secara pelik membandingkan kos dengan projek-projek landasan berkembar di Malaysia di mana projek itu hanyalah untuk menyediakan bekalan elektrik kepada landasan dan menggantikan landasan keretapi yang sedia ada di kawasan geografi yang kurang mencabar – menggunakan perkara ini untuk mendakwa bahawa ECRL adalah 50% lebih mahal walaupun kedua-dua projek ini sama sekali adalah berbeza.

 

Apabila ditegaskan bahawa betapa bodohnya perbandingan itu, mereka kemudian mendedahkan kajian kemungkinan yang dimulakan pada tahun 2009 yang menunjukkan bahawa landasan sejauh 545km hanya menelan kos sebanyak RM29 bilion tetapi mengabaikan hakikat bahawa ECRL kini adalah berdasarkan harga pada tahun 2017 dan adalah untuk landasan sejauh 688km (peningkatan sebanyak 30%) dan kini termasuk 88km untuk menyambungkan Gombak dengan Port Klang melalui kawasan bandar yang sangat mahal.

 

Dan kini mereka mahu membandingkan ECRL dengan landasan muatan produk petroleum sejauh 77km?

 

Perbandingan dan serangan dari Pakatan ini semakin tidak masuk akal dari hari ke hari.

 

Menurut PakaTun, rel ECRL tidak berdaya maju tetapi Great Canal antara Kuantan ke KL adalah berdaya maju.

Kajian yang menelan belanja RM12 juta per km untuk lebuh raya sejauh 20 kilometer adalah munasabah dan berdaya maju.

 

Begitu juga RM100 juta ke RM200 juta untuk membina setiap km lebuh raya di Pulau Pinang. Atau RM550 juta per km terowong Pulau Pinang juga adalah berdaya maju.

 

Paling ketara adalah RM30 juta untuk membina laluan basikal sejauh 12km di Pulau Pinang.

 

Mengapa PakaTun tidak hanya berterus terang dan mengatakan bahawa anda tidak bersetuju dengan negeri-negeri pantai timur semakin menghampiri negeri-negeri pantai barat atau bahawa mereka akan menentang sebarang projek pembangunan selagi ia bukan projek mereka?

Link asal artikel:
http://ift.tt/2dMkHMa



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...