loading...

Fotostat Duit Palsu Untuk Beli iPhone

SHAH ALAM – Trend mencetak duit sendiri untuk membeli telefon pintar semakin menjadi-jadi. Terbaharu bekas banduan dan kekasihnya, seorang wanita warga Thailand, berjaya menipu penjual telefon iPhone dan Samsung secara online menggunakan duit cetak sendiri.

 

 

Namun begitu, taktik berani pasangan kekasih berusia 37, dan 26 tahun dengan dibantu seorang rakan terbongkar selepas mereka diberkas dalam dua serbuan di Klang pada Ahad lalu.

 

 

Penangkapan tersebut dibuat selepas polis menerima satu laporan mangsa yang dapat mengecam wang palsu dibayar oleh suspek untuk membeli telefon pintar dijualnya. Suspek kemudian menyamun telefon pintar yang mahu dijual mangsa.

 

 

Suspek pertama iaitu lelaki berusia 27 tahun ditahan dalam sebuah kereta Proton berdekatan kawasan Bayu Perdana di Klang pada pukul 3 pagi, Ahad lalu.

 

 

Susulan tangkapan tersebut, polis menyerbu sebuah rumah di Apartmen Prima Bayu di Klang dan menahan sepasang kekasih.

 

 

Modul operandi dua lelaki tempatan dan seorang wanita Thailand ialah mencari penjual telefon bimbit terutama jenis iPhone dan Samsung yang ditawarkan dalam online.

 

 

Selepas mendapat sasaran, suspek-suspek mengatur pertemuan dengan penjual telefon pintar di kawasan gelap seperti tempat letak kenderaan di sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya untuk urusan jual beli.

 

 

Motif pemilihan lokasi suram itu untuk memastikan mangsa-mangsa tidak dapat mengecam duit kertas palsu.

 

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Sakri Arifin berkata, suspek-suspek dipercayai telah melakukan jenayah tersebut kira-kira dua minggu lalu sebelum mereka tumpas.

 

 

“Dalam tempoh tersebut, ketiga-tiga itu dipercayai telah melakukan 12 kes penipuan membabitkan kerugian RM35,000 kerana membeli telefon pintar menggunakan wang fotostat,” kata beliau di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini semalam.-Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...