PENNSYLVANIA – Seorang lelaki berusia 56 tahun dijatuhi hukuman penjara selepas melakukan perbuatan mencuri sebuah ambulans kerana mahu pulang ke rumah dengan segera.
David Karosus dijatuhi hukuman selama 15 hingga 30 bulan oleh hakim Luzerne County.
Ketika kejadian pada 1 November tahun lalu itu, Karosus dilaporkan mencuri sebuah ambulans yang ditinggalkan di luar bilik kecemasan Hosputal Geisinger Wyoming Valley oleh pasukan perubatan.
Polis terpaksa menjejaki sistem pengesan global (GPS) yang terdapat pada ambulans berkenaan dan menahan Karosus.
Karosus mengaku bersalah pada Mei lalu kerana mencuri dan memandu dengan lesen digantung. – AP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW