TOKYO – Seorang lelaki bersenjata yang menembak mati seorang pekerja binaan serta mencederakan tiga lagi mangsa mati selepas menembak dirinya sendiri ketika cuba ditahan sepasukan anggota polis di Wakayama, barat Jepun, semalam.
Jurucakap polis berkata, lelaki tersebut, Yasuhide Mizobata cuba melarikan diri selepas melepaskan beberapa das tembakan terhadap seorang anggota polis yang memburunya selepas kejadian itu semalam.
Namun, selepas 17 jam, suspek dikatakan menembak dirinya sendiri di bahagian abdomen, lapor stesen penyiar NHK dan Jiji Press.
Lelaki itu kemudian dikejarkan ke hospital dengan sebuah ambulans, namun, disahkan telah meninggal dunia.-AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW