loading...

Video : Fahmi Reza Tak Serik Ditahan, Masih Bawa Poster ‘Badut’ Najib

KUALA LUMPUR – Aktivis, Fahmi Reza sekali lagi membawa poster dengan menggunakan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan tangkap MO1 berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

 

 

Fahmi berkata, dia tidak takut dan serik sekiranya ditahan sekali lagi.

 

 

“Saya tidak serik. Saya akan sentiasa mengekalkan cara ini untuk menjatuhkan koruptor. Selagi (mereka) tidak jatuh, saya akan teruskan,”katanya.

 

 

Mengakui perhimpunan ini mendapat sambutan, Fahmi berkata akan meneruskan himpunan sebegini demi menegakkan keadilan bagi rakyat Malaysia.

 

 

“Perhimpunan kali ini lebih baik, menarik berbanding bersih yang hambar,”katanya.

 

 

Terdahulu, Fahmi menunjuk perasaan mengunakan budaya punk dalam Himpunan anti-GST April lalu.
Pada perhimpunan itu, peserta memakai pakaian yang tertera imej ‘Kita Semua Penghasut’ di himpunan anti-GST.
Kempen ‘Kita Semua Penghasut’ dicetuskan aktivis Fahmi Reza bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan terutama dakwaan kerajaan yang bertindak ‘menutup mulut’ pihak yang menyuarakan kritikan.
Manakala, poster Najib mengikut konsep muka depan album single kugiran dari Britain, Sex Pistol bertajuk ‘God save the queen’ dengan menggantikan teks tersebut dengan perkataan ‘Failed’ dan ‘the joke is all on us’.-SuaraTV

 

Video menyusul.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...