loading...

Turki, AS Berunding Selepas Kudeta

ISTANBUL – Barisan pemimpin tentera dan politik Turki menemui ketua angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) di Ankara semalam untuk rundingan langsung kali pertama sejak cubaan rampasan kuasa pada bulan lalu.

 

Pengerusi ketua staf bersama AS, Jeneral Joseph Dunford dijadualkan menemui ketua staf tentera Turki, Jeneral Hulusi Akar dan Perdana Menteri, Binali Yildrim pada pertemuan itu.

 

Ketegangan antara dua sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu semakin buruk berikutan kudeta pada 15 Julai lalu oleh kumpulan serpihan dalam tentera Turki yang mahu menumbangkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

 

Beberapa pegawai Turki mendakwa Washington campur tangan dalam komplot itu walaupun dinafikan oleh kepimpinan tertinggi AS.

 

Turki berjaya menggagalkan cubaan rampasan itu dan menyalahkan musuh ketat Erdogan iaitu pendakwah yang berpangkalan di AS, Fethullah Gulen sebagai dalang yang bertanggungjawab.

 

Ankara menghantar dokumen kepada Washington yang didakwa mengandungi bukti jelas tentang penglibatan Fethullah dalam cubaan rampasan kuasa baru-baru ini.

 

White House pada Jumaat lalu mengesahkan pihaknya telah menerima permohonan kerajaan Turki supaya pendakwah itu diekstradisi dari Pennsylvania.

 

Pada minggu lalu, Erdogan mengecam jeneral kanan AS di Asia Barat selepas beliau menyuarakan kebimbangan mengenai hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara susulan kudeta itu.

 

Memetik kenyataan media AS, Ketua Peme­rintah Pusat, Jeneral Joseph Votel berkata, cubaan rampasan kuasa itu dan penahanan berpuluh-puluh jeneral Turki boleh menjejaskan kerjasama kedua-dua negara.

 

“Kamu menyokong dalang rampasan kuasa dan bukannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turki kerana menggagalkan kudeta ini,” kata Erdogan. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...