PUTRAJAYA – Malaysia sedang mempertimbang untuk menghantar peguam pemerhati pada prosiding saman sivil difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap aset 1MDB yang dikatakan dilesapkan daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak menolak kemungkinan beliau sendiri atau pegawainya akan ke AS untuk mengikuti prosiding sivil itu.
“Saya sedang memikirkan idea itu sekurang-kurangnya untuk menyatakan minat kita kerana kita dengar anda (AS) mahu memberikan wang kepada kita, kita mahu mendengarnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mengangkat sumpah dua pesuruhjaya kehakiman di sini.
Beliau berkata, sebuah firma guaman AS mungkin dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau untuk menghadiri prosiding itu.
Apandi menjelaskan peguam pemerhati boleh menghadiri prosiding saman dan mendengar apa-apa yang terbit dalam prosiding di mahkamah dan mungkin, dengan kebenaran mahkamah, akan bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.
Beliau berkata, 1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan memandangkan ada petanda oleh Peguam Negara AS bahawa mereka akan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada Malaysia.
Apandi berkata, beliau akan
Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas Low Taek Jho yang dinamakan dalam saman sivil itu, Apandi berkata siasatan belum selesai.
Beliau, bagaimanapun berkata apabila kertas siasatan siap, beliau akan membuat keputusan sama ada untuk memulakan pendakwaan atau tidak.
“Jika ada bukti, saya akan mendakwa, tiada siapa akan terlepas,” kata beliau.
Pada 21 Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil untuk menyita aset yang diperoleh menggunakan wang yang dikatakan digelapkan dari 1MDB.
Pada majlis itu, bekas Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah dan seorang peguam, Azmi Abdullah mengangkat sumpah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya.
Tun Abd Majid, 55, dari Mentakab, Pahang dan Azmi, 49, dari Kota Bharu, Kelantan menerima surat pelantikan daripada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin. – Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Wanita Trauma Dimalukan Menerusi Siaran Langsung T ...

Amirudin Shari Tak Dirisik Jawatan Menteri, Nafi A ...

Pm Anwar Sifatkan Pemerintahan Sultan Ibrahim Bija ...

Kau Sama Je Sangkak -bella Dowanna Selar Saidah, ...