Berjaya meraih pendapatan tinggi bersama kumpulan One Direction, sudah pasti wujud cita rasa untuk memiliki kediaman sendiri bagaikan meronta-ronta dalam diri Niall Horan.
Rumah baharu Horan yang bernilai ratusan juta ringgit itu terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat dan kini menjadi perhatian ramai peminatnya.
Horan membeli rumah tersebut daripada bintang Hollywood, Gia Scala yang meninggal dunia pada 1972.
Namun, rumah yang dimiliki Horan itu dikatakan berhantu dan penghuni sebelum ini sempat menceritakan pengalamannya.
Menurut Jack Grande yang pernah mendiami rumah agam itu, dia sendiri mengalami beberapa pengalaman menyeramkan sepanjang tinggal di situ.
“Ada pengalaman yang menyeramkan sekali. Saya juga selalu bertanya kepada ibu bapa sama ada di rumah ini ada masalah. Walaupun mereka menafikannya, saya tetap rasa ada sesuatu di rumah agam itu,” kata Grane seperti dipetik dari Female First.
Horan membeli rumah tersebut sekitar bulan Disember yang lalu dan masih menantikan ubah suai selesai. Penyanyi berumur 22 tahun itu turut memiliki rumah di London, England dan belum lagi berpindah ke Los Angeles.
Malah, seorang sumber rapat Horan turut memberi tahu mengapa Horan membuat keputusan untuk memiliki rumah tersebut.
“Horan sangat suka dan mula membuat urusan tawar menawar untuk pembelian sekitar akhir tahun lalu.
“Bagi penyanyi itu, rumah itu dilihat sangat sesuai dan menepati kehendaknya. Dia hanya menantikan rumah itu siap diubah suai sahaja sebelum mendudukinya,” jelasnya.
Horan sebelum ini turut memberitahu dia sedang berehat daripada sebarang aktiviti bersama One Direction memberi tumpuan kepada album solonya.-Utusan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW