loading...

Lebih Ramai Rakyat Malaysia Dihalang Masuk Australia

SYDNEY – Lebih ramai rakyat Malaysia dihalang daripada memasuki Australia oleh pihak berkuasa selepas penilaian mendapati mereka cuba memasuki negara itu untuk bekerja secara haram.

 

Hari ini, Pasukan Sempadan Australia (ABF) mengeluarkan kenyataan bahawa pegawainya enggan membenarkan kemasukan 11 rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Gold Coast pada 20 Ogos lalu kerana dipercayai mereka mahu bekerja secara haram sebaik dibenarkan masuk.

 

Semua 11 warga Malaysia itu sudah dihantar pulang ke Kuala Lumpur. Penolong Pesuruhjaya Pusat Sempadan Strategik, Clive Murray, berkata pengusiran itu menunjukkan ABF amat berhati-hati terhadap mereka yang cuba memasuki Australia untuk bekerja secara haram.

 

“Ini adalah isu yang penting dan pegawai ABF memiliki kepakaran dan makluman risikan bagi memastikan pekerja haram ditahan sebelum memasuki negara ini.

 

“Ada saluran bagi mereka yang berhasrat datang ke negara kami untuk bekerja dengan sah, bagaimanapun jika anda ditangkap berbuat demikian secara haram, anda akan dihantar pulang ke negara asal,” kata Murray.

 

Pengusiran itu sebagai tambahan kepada 44 pekerja haram yang dihalang memasuki Australia di Lapangan Terbang Gold Coast dan Perth 30 Julai lalu atas alasan sama.

 

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu, sekumpulan rakyat Malaysia dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa imigresen Australia.

 

Semalam, laporan menyebut pihak berkuasa Australia menahan 34 rakyat Malaysia yang bekerja secara haram di sebuah ladang di Coffs Harbor, New South Wales selepas mendapat maklumat.

 

Semua 34 mereka kini ditahan dan menunggu pengusiran. – Agensi

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...