loading...

Henti Isu Tanam Daun Ketum

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meminta semua pihak menghentikan isu yang mencadangkan pekebun kecil di negara ini menanam daun ketum untuk dieksport ke luar negara.

 

 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil perbincangan kementeriannya dengan pelbagai pihak mendapati kesan sampingan bagi aktiviti penanaman ketum sangat tinggi.

 

 

“Menerusi mesyuarat kabinet semalam, menyentuh perkara ini dan sebulat suara menolak cadangan tersebut.

 

“Cadangan untuk mengeskport daun ketum oleh pihak RISDA juga tidak jelas, setakat ini tiada lagi pasaran ini kerana bukan senang untuk mengeskport bahan seperti daum ketum itu, ia perlu melibatkan pihak berkuasa,” katanya di kementeriannya di sini hari ini.

 

Terdahulu, cadangan Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan bagaimanapun mendapat bantahan daripada semua pihak yang melihat kesan kemudaratan tanaman itu lebih tinggi.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...