loading...

Gaji Presiden Filipina hanya RM11,000

MANILA – FILIPINA . Daripada jawatan Datuk Bandar kemudian dilantik sebagai pemimpin No. 1 negara, mungkin inilah impian sebahagian besar ahli politik seluruh dunia.

 

Namun, kedudukan itu bukan yang diinginkan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, 71.

 

“Bukan senang jadi Presiden, lebih baik jadi Datuk Bandar! Awak nak tahu berapa gaji saya dapat?

 

“Gaji bulanan saya hanya 130,000 Pesos (RM11,000). Saya sendiri tidak tahu saya dapat elaun atau tidak?.”

 

Demikian luahan Duterte ketika melahirkan perasaannya selepas memegang jawatan Presiden sejak sebulan yang lalu.

 

 

Bekas Datuk Bandar Davao itu mengakui beliau perlu meneruskan tugasnya sebagai Presiden semata-mata perasaan cintanya terhadap negaranya sendiri.

 

“Saya sebenarnya hidup dalam keadaan yang tidak bahagia. Hidup penuh kesepian. Di pejabat kena kerja sepanjang masa. Bila sampai di rumah, ingat boleh rehat rupanya tetap kena kerja,” katanya yang kini menetap di rumah presiden di Malacanang.

 

Duterte pernah menjadi Datuk Bandar Davao lebih daripada 20 tahun. Ketika itu, beliau bebas ke mana sahaja beliau suka. Dan apa yang paling menyeronokkannya ialah selepas waktu pejabat boleh pergi minum di kelab malam atau nyanyi di pusat karaoke dengan rakan-rakannya.

 

“Tetapi setelah dilantik sebagai Presiden, hidup saya terus berubah. Setiap pagi, saya akan dikejutkan pegawai saya untuk mulakan hari baru saya. Saya akan kerja kadang kala sampai waktu malam. Cukup letih.

 

“Kadang kala rasa sedih pun ada bila teringatkan mendiang ayah saya dan keadaan negara saya pada hari ini,” kata Duterte.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...