ANKARA – Perang mulut antara Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan Barat bertukar peribadi semalam apabila beliau memberitahu hakim Itali yang menyiasat anaknya mereka sepatutnya mengejar mafia, bukan sebaliknya.
Kenyataan itu disusuli komen sinis Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi yang menyatakan di Twitter: “Di negara ini hakim-hakim mematuhi undang-undang dan perlembagaan Itali, bukan Presiden Turki. Inilah yang dinamakan kedaulatan undang-undang.”
Anak sulung Erdogan, Bilal yang menuntut di Bologna, disiasat sejak Februari oleh hakim-hakim yang mengesyaki beliau terbabit dengan pengubahan wang haram.
Seorang ahli perniagaan Turki dalam buangan yang menentang kerajaan Erdogan menuduh Bilal tiba di Itali bersama sejumlah besar wang tunai dan sekumpulan unit pengawal bersenjata dan mengembara menggunakan pasport diplomatik.
“Anak saya kembali ke Bologna untuk menamatkan ijazah kedoktoran tetapi berdepan risiko untuk ditangkap,” kata Erdogan dalam temu bual dengan saluran berita Itali Rai News24.
Perbalahan dengan Itali tambah buruk apabila Erdogan menyelar semua sekutu Barat Turki berikutan reaksi mereka ke atas cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu untuk menggulingkan beliau.
Ia membawa kepada tindakan keras yang menimbulkan kebimbangan ke atas kelangsungan demokrasi di negara ini. – Agensi
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW