loading...

Dzulkifli dilantik ketika berdepan isu mencabar

SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik bagi menjawat jawatan berkenaan ketika iklim politik dan isu integriti di negara ini berada dalam situasi panas.

 

Menurut Idris, Dzulkifli akan berdepan dengan isu-isu mencabar selepas ini khususnya melibatkan 1MDB, dema 2.6 bilion dan pendedahan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berhubung pengubahan wang haram di negara berkenaan.

 

“Memang ‘track record’ pegawai SPRM di negara kita boleh dipuji memang terbukti dan teruji.

 

“Tetapi kuasa pendakwa tidak berada di tangan mereka dan ini yang menjadi halangan kepada mereka untuk bertindak kepada naga-naga besar ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali

Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

 

Dalam pada itu, Idris berkata, rakyat sentiasa mengharapkan dan mendoakan agar ALLAH SWT dapat memberi kekuatan dan keberanian kepada Dzulkifli untuk menjalankan tugas beliau tersebut.

 

“Insya-ALLAH, majoriti rakyat akan bersama dengan beliau dan SPRM untuk memerangi rasuah,”katanya.

 

Dzulkifli, sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara.

 

Difahamkan, Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...