loading...

Belia Iran Tidak Hirau Pengharaman Pokemon Go

TEHERAN – Golongan belia di sini didapati tidak menghiraukan pengharaman permainan Pokemon Go oleh pihak berkuasa apabila meneruskan aktiviti menangkap raksasa maya di negara ini.

 

 

Selain permainan yang menjadi kegilaan orang ramai itu, Iran sebelum ini turut menyekat beberapa agensi berita dunia termasuk media sosial se­perti Facebook dan Twitter.

 

 

Negara berkenaan mengambil tindakan mengharamkan Pokemon Go hanya beberapa hari selepas dilancarkan pada Julai lalu kerana bimbang terhadap keselamatan negara.

 

 

“Permainan ini bercampur alam maya dan dunia sebenar sekali gus boleh menimbulkan pelbagai masalah ke atas negara dan rakyat dari segi ke­selamatan,” kata Timbalan Peguam Negara, Abdulsamad Khoram Abadi.

 

 

Beliau turut mengesahkan Pokemon Go telah diharamkan oleh Majlis Tinggi Siber dengan keputusan sebulat suara.

 

 

Bagaimanapun, lara­ngan itu dilihat tidak mampu menghentikan rakyat di negara berkenaan daripada terus memburu makhluk Pokemon Go.

 

 

Golongan belia di negara itu dikatakan memintas penapisan internet pada setiap hari dengan menggunakan Perkhidmatan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang mampu me­yembunyikan lokasi te­lefon pintar dan komputer.

 

 

Kebanyakan kedai telefon di Iran dipercayai menjual kad VPN yang turut tertera logo pengharaman beberapa media sosial seperti Facebook dan laman perkongsian video, YouTube. – AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...