KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.30 sen bagi unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2016.
Kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM1.146 bilion yang akan dimanfaatkan oleh lebih 878,000 pemegang unit yang melanggan 18.193 bilion unit ASW 2020.
Sehingga 24 Ogos 2016, tabung ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.394 bilion dengan keuntungan penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM735.83 juta atau 52.8 peratus.
Dari jumlah pendapatan kasar juga, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang keuntungan sebanyak RM451.70 juta atau 32.4 peratus, manakala selebihnya RM206.84 juta (14.8 peratus) diperoleh menerusi pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.
Pengagihan pendapatan ASW 2020 diumumkan Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Ia adalah majlis pertama Abdul Wahid selepas dilantik sebagai Pengerusi PNB. – BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW