SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas sebanyak 1,001 kilogram gading gajah bernilai kira-kira RM10 juta yang cuba di seludup menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini 21 Julai lalu.
logo jabatan kastam diraja malaysia
Pengarah Kastam KLIA, Datuk Omar Chik Lim berkata, barangan rampasan tersebut tiba di KLIA melalui penerbangan Turkish Airline dari Lapangan Antarabangsa Kinshasa, Congo dengan penerbangan itu transit di Lapangan Terbang Ataturk Instanbul, Turki.
“Siasatan awal menunjukkan gading gajah yang dirampas tersebut diikrarkan sebagai ‘baked clay’ dan ‘wooden sample’ dengan pengimport terlibat beralamat di negeri Selangor dan Johor. Alamat berkenaan bagaimanapun didapati palsu.
“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan pengimport serta pemilik gading gajah yang terlibat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.- Utusan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW