Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada jam 8.15 malam tadi.
Berita gembira itu dikongsi sendiri Hairul Azreen, di laman Instagramnya.
Pasangan suami isteri itu memilih nama Yusuf Iskandar yang dilahirkan dengan berat 3.85 kilogram.
“Alhamdulillah. Jumaat. Isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama. Syukur ke hadrat Ilahi,” tulis Hairul Azreen yang turut memuatkan gambar beliau mendukung anak sulungnya itu.
Pasangan pelakon ini berkahwin Jun tahun lalu.