loading...

Video: Tiada Masa Untuk Bertelagah, Kata Hishammuddin

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin menasihati jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak menimbulkan sebarang permasalahan di dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

 

Beliau berkata, perkara itu perlu ditangani tanpa pertelagahan kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh jentera parti dengan seikhlas hati demi memastikan kemenangan.

 

 

“Yang penting ingatan saya kepada jentera, jangan timbulkan masalah dalam rumah tangga kita sendiri. Sekarang (masa) untuk kita memastikan jentera kita bergerak secara berfokus.

 

“Ia perlu dipikul bersungguh-sungguh oleh setiap jentera di dalam Umno dan BN. Ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dengan seikhlas hati kerana akhirnya rakyat dan pengundi-pengundi di sini boleh menilai samada kita jujur dan bersungguh-sungguh untuk memastikan calon kita menang,”katanya selepas makan malam bersama petugas bilik gerakan Barisan Nasional (BN), P.067 di Safari Resort, di sini malam tadi.

 

Tambahnya, ia merupakan perkara yang sentiasa diingatkan terutamanya sehari sebelum penamaan calon.

 

“Supaya mereka (jentera) tidak terikut-ikut dengan sentimen dan cerita-cerita tertentu kerana tinggal beberapa hari sahaja kita hendak meyakinkan rakyat untuk mengundi calon, jadi tiada masa untuk bertelagah sesama kita,”ujarnya.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...