Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim
KUALA KANGSAR – Polis DiRaja Malaysia (Polis) sedang menyiasat kekecohan antara dua penyokong (PAS dan BN) malam tadi di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, polis akan siasat dan melengkapkan kertas siasatan tersebut untuk diserahkan kepada Pengarah Perundangan Negeri secepat mungkin sehingga proses p.067 itu selesai.
“Sedikit kekecohan di antara parti politik dan kita klasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Semua keterangan telah diambil dan akan disiasat secepat mungkin.
Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut bagaimana situasi sebenar berlaku.
Terdahulu, pihak polis telah menerima 29 laporan polis, dan tujuh kertas siasatan dibuka dan yang terakhir ialah pada petang semalam.
“Sejak hari kedua dari hari penamaan calon, malam tadi terdapat 191 ceramah dan sepanjang ceramah yang dijalankan. Tidak ada ganguan oleh mana-mana pihak dan saya dapati rakyat Malaysia telahpun matang dalam berpolitik dan bagi sayalah, sebagai pegawai kanan polis yang berkhidmat 30 tahun ini, saya mendapati ini adalah pilihan raya yang terbaik bagi saya,”katanya yang di temui di perkarangan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.
Dalam pada itu, mengulas mengenai proses pengundian yang berlangsung di 23 pusat mengundi Kuala kangsar, beliau mengakui keadaan sangat baik dan terkawal.
“Saya dapati sejak daripada awal pagi tadi, pengundi-pengundi telah keluar pagi tadi dan ia dalam keadaan yang baik. Pihak polis telah mengambil sejak awal pagi dan telah menempatkan 3000 anggota bertugas.
“Ia termasuk pegawai kanan polis, termasuk unit-unit yang tak digerakkan dan unit-unit yang digerakkan sepertimana yang di lihat di pembuangan, unit di trafik dan sebagainya, bagi memastikan keadaan keselamatan keadaan ketenteraman awam terjaga di sepanjang pembuangan undi di p.067 berada dalam keadaan yang terbaik,”ujarnya.-SuaraTV
Video menyusul.