KUALA KANGSAR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong pindaan RUU kerana ia merupakan perkara yang di perintah tuhan.
Menurut Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pindaan akta 355 itu demi memperkasakan mahkamah syariah dalam tuntutan yang diperintah oleh Islam.
“Ia perkara baik. Mahkamah itu akan jadi kukuh dengan melaksanakan apa yang diperintahkan kepada kita.
“Buat masa ini ia (rang undang-undang tersebut) cuma dibuat sebagai usul yang dibaca dan belum lagi dibahaskan jadi kita tunggu bulan 10 (Oktober) dan selepas itu baru kita akan komen sebab pada masa ini kita tidak tahu hujung pangkal lagi.
“Pindaan 355 itu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan ia satu yang baik kerana akan menjadikan mahkamah lebih kukuh serta melaksanakan perintah (hukum agama) yang telah diperintahkan kepada kita (jadi) ia merupakan satu perkara yang baik,”katanya.
“Tapi selok belok dan pandangan sari semua puak kita perlu dengar (contohnya) mahkamah syariah, peguam-peguam Islam, persatuan dan NGO jadi baik kita tunggu sehingga bulan 10 agar ia dapat dibahaskan dan mereka yang mempunyai kaitan dengan isu tersebut dapat menyuarakan pandangan,”katanya.
Tapi selagi ia (hudud) itu merupakan perintah tuhan kita perlu patuhi kerana kita tidak mempunyai pilihan mengelakkannya.
Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Rang Undang-Undang (RUU) hudud dibentangkan dalam parlimen semalam. Sebaliknya beliau berkata, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang hanya membentangkan RUU berkaitan perlaksanaan syariah.-SuaraTV