loading...

Video : Mastura Mengundi Awal Pagi

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid keluar awal pagi pada hari mengundi bagi Parlimen Kuala Kangsar.

 

Beliau tiba jam 8.20 pagi bagi mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin, jam 8.20 pagi, di sini, hari ini.

 

Selepas mengundi, beliau yang diiringi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan anak-anaknya, (Wan Iskandar dan Wan Amar) menemui dan bersalaman dengan pengundi situ.

 

 

Manakala, calon PAS, Dr Najihatussalehah tiba di SK Talang sekitar jam 8.30 pagi  manakala calon Parti Amanah Negara, Prof Dr Termizi Ramli tiba di Pusat Pengundian Jalan Kangsar, SMK Clifford kira-kira jam 8.40 pagi.

 

Bagaimanapun kedua-duanya, tidak mengundi kerana bukan pengundi di Kuala Kangsar.

 

Terdahulu, telah menyaksikan ramai pengundi di semua peringkat usia mengundi di Parlimen Kuala Kangsar. Dijangkakan seramai 32,632 pemilih yang berdaftar keluar mengundi dalam PRK ini.

 

Sebanyak 23 pusat mengundi di Kuala Kangsar dan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang bagi pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.-SuaraTV

 

 

Previous
Next Post »
loading...