Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim
KUALA KANGSAR – “Kami akan mengikuti program-program untuk bertemu dengan rakyat pergi ke bazar Ramadhan atau apa sahaja. Kadang-kadang kita melihat program-program yang kita rasa sesuai untuk rujuk balik pengalaman saya bersama arwah papa,” kata anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar, 26, yang sudah bersedia memulakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) p.067.
Ditanya mengenai pesanan daripada Calon BN itu, (Datin Mastura Mohd Yazid) Wan Emir berkata, ibunya sentiasa memastikan ketiga adik beradiknya menyampaikan visi dan misi arwah bapanya sebagai amanat yang perlu dititikberatkan.
“Berpandukan kepada mesej utama, mak sebagai penyambung kesinambungan perjuangan supaya dapat meneruskan visi dan misi arwah papa,”katanya ditemui selepas membuat perjumpaan bersama jentera parti BN, di Safari Resort, di sini, pagi tadi.-SuaraTV