loading...

Video : Anak Calon BN Nafi Dikawal Ketat Pangawal Peribadi, Sukar Bergaul Dengan Pengundi

Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim

 

 

KUALA KANGSAR – Anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar, 26, menafikan dakwaan pergerakan mereka dikawal ketat, sehingga menyukarkan masyarakat kawasan itu untuk mendekati mereka terutamanya dalam kempen bagi Calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) p.067, Datin Mastura Mohd Yazid.

 

Beliau berkata, ia lebih kepada spekulasi apabila ada yang mendakwa (keempat) mereka dikawal ketat oleh pengawal peribadi semasa bersolat jemaah di Masjid kawasan itu, malam tadi.

 

“Saya tidak rasa ada ura-ura (bodyguard) tersebut. Kami beramah mesra dengan jemaah sepeti biasa dan memang tidak ada kiri atau kanan (yang mengawal) kalaupun ada (cerita) sebegitu ia bukanlah situasi yang berlaku.

 

“Sebab kami memang sudah biasa dengan masyarakat Kuala. Ia adalah seperti hari biasa (rutin) antara kami dengan rakyat.  Tambahan pula di Masjid tempat untuk beribadah sempena bulan Ramadhan (puasa),”katanya ditemui selepas membuat perjumpaan bersama jentera parti BN, di Safari Resort, di sini, pagi tadi.

 

Terdahulu, keempat mereka akan mengikuti program-program untuk bertemu dengan rakyat sebagai penyambung kesinambungan perjuangan bagi meneruskan visi dan misi arwah bapa mereka, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad -SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...