Jika sebelum ini pelbagai kontroversi melanda Nabila Huda termasuk pertelingkahan diantara beliau dan bapanya, Amy Search yang sering tidak sehaluan. Namun setelah berkahwin, Nabila ternyata lebih matang menghadapi masalah malah peluang itu diambil sebaik mungkin untuk perbaiki hubungannya dengan bapa tersayang.
BACA: Nabila Huda Tidak Kisah Jika Anak Ramai
“Masa zaman muda dulu saya sering memberontak kalau timbul sesuatu masalah, tetapi tindakan itu sebenarnya perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja. Tetapi kini saya benar-benar mahu menjaga hati papa dan tidak mahu dia berkecil hati lagi dengan tingkah laku saya seperti dahulu”
“Saya berada pada tahap selesa dengan diri sendiri selain lebih suka duduk di rumah dan mengurus hal kekeluargaan. Sekarang saya tidak keluar rumah atas urusan yang tidak penting. Kehidupan sekarang lebih aman dan bahagia kerana tiada lagi perkara tidak elok yang boleh dikaitkan dengan saya,” katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, bercakap soal anak pula, Nabila sememangnya teringin untuk mempunyai anak hasil perkahwinan beliau dengan suami, Mohd Izwan Johar, dan tidak merancang apa-apa. Tetapi sementara itu biarlah tempoh sekarang digunakan sebaiknya untuk mereka berbulan madu menjelajah tempat yang diimpikan bersama suami.
Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidy Zailani sebelum ini pada tahun 2008 namun perkahwinan mereka terpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan comel bernama Keisha yang kini sudah berusia 6 tahun. (rkty/w)