SUNGAI BESAR – Barisan Nasional mengekalkan kerusinya di Parlimen P.093 Sungai Besar dengan meraih undi majoriti sebanyak 9,191.
Menerusi kiraan undi oleh Suruhanjaya Pilihanraya, Calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohd meraih undi sebanyak 16,800 Calon PAS, Dr Abdul Rani Osman mendapat undi sebanyak 6,902 Manakala calon Parti Amanah, Azhar Abdul Shukur pula meraih 7,609.
Pengumuman Pilihanraya ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus, Mohd Khairuddin Md Madsom pada jam 10 malam.
Dalam PRK di sini, seramai 74.4 peratus pengundi telah keluar mengundi.
Sebanyak 30 pusat mengundi telah dibuka sejak Pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.
Terdahulu, pilihanraya di Sungai Besar ini dilaksanakan ekoran kemalangan helikopter yang meragut nyawa timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW