loading...

Vanidah Imran Selar Orang Melayu Suka Ikut Adat Kristian

KUALA LUMPUR – Pelakon cantik, Vanidah Imran menyelar orang Melayu yang suka meniru budaya barat.

 

Menurut Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee berkata, ia dapat dilihat menerusi upacara pengebumian, di mana rata- rata orang Melayu dilihat mengikut adat Kristian dengan memakai pakaian hitam ke kubur.

 

“Orang Melayu sekarang kalau pergi kubur saja suka pakai hitam. Sebenarnya itu budaya Indonesia sebab suami dan isteri mereka boleh (berlainan agama) seorang kristian, seorang Islam.

 

“Jadi jika kristian, adat dia adalah hitam. Kalau isteri dia Islam, dia kena ikut, dia pakailah hitam pakai tudung hitam jubah hitam ke baju hitam ke. Kita kat sini fikir isteri (lelaki kristian) dia pakai tudung hitam semua, oh boleh ke kubur (kita pun) boleh pakai hitam. Jadi saya fikir ‘come on la’.

 

 

“Kita ada adat dan budaya kita kat sini. Kenapa tak bangga dengan apa yang kita ada? Kenapa kita sering tiru ‘culture’ orang?. Itu antara benda yang saya sayang (adat yang kita tidak amalkan),”katanya kepada SuaraTV selepas pementasan teater muzikal Randai ‘Cindua Mato’ di Istana Budaya, baru-baru ini.

 

Terdahulu, teater Randai ‘Cindua Mato’ merupakan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang mempertaruhkan barisan pelakon popular termasuk Remy Ishak yang akan memegang watak utamanya iaitu ‘Cindua Mato’, Datuk Jalaluddin Hassan (Rajo Tiang Bungkuk), Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Bandaro) dan Vanidah Imran (Bundo Kanduang).

Previous
Next Post »
loading...