loading...

Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan

Jika kebanyakan barisan selebriti yang mengandung berkongsi perkembangan mereka di Instagram, ia berbeza buat personaliti televisyen, Daphne Iking kerana hanya mengumumkan kelahiran anak ketiganya pada pertengahan Mac lalu. Namun Daphne mempunyai alasan tersendiri.

BACA: Daphne Iking Tawar Bantu Gadis Hamil Luar Nikah

“Ketika mengandungkan anak sulung, Isobel, ia bukanlah isu besar memandangkan saat itu saya tidak terlalu aktif dalam kerjaya. Cuma, pernah sekali bekas majikan meminta penerbit program yang saya kendalikan itu memastikan diri saya tidak dilihat seperti sedang hamil”

“Jadi, apabila hamil anak kedua, saya tidak banyak mengumumkannya secara terbuka. Cukup dengan memuat naik gambar di Facebook dan Twitter. Itu pun, apabila penganjur mendapat tahu saya hamil, mereka tidak menawarkan saya mengendalikan majlis”

“Mula-mula saya ingatkan mereka risau dengan kesihatan diri, tetapi rupa-rupanya mereka mahukan pengacara majlis yang seksi dan boleh memakai gaun ketat. Bagi saya, wanita hamil adalah seksi. Tetapi tidak semua orang berfikiran begitu,” katanya dipetik dari BH Online.

Tambah Daphne, dia tidak mahu orang menilai dirinya hanya melalui penampilan tetapi melalui cara dirinya bekerja. Nama anak ketiga Daphne (lelaki) ialah Isidore bersempena dengan nama datuknya. (rtky/s)

7- Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan - ROTIKAYA 6- Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan - ROTIKAYA 5- Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan - ROTIKAYA 3- Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan - ROTIKAYA 2- Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan - ROTIKAYA 1- Daphne Iking Ada Sebab Rahsiakan Kandungan - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...