loading...

“Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut”

Bagaikan tidak berkesudahan pula pertelingkahan di antara Ruhainies dan Janna Nick. Sebelah pihak kata sudah diajak berdamai, sebelah pihak pula dikata perangai tidak matang. Namun bagi Janna, dia mempertahanakn rakaman video yang pernah dimuatnaiknya namun kini telah dipadam.

BACA: Ruhainies Anggap Janna Nick Tidak Matang

“Saya muat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar. Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies adalah tidak betul. Dia nampaknya tak henti-henti meneruskan agendanya itu”

“Sebenarnya, sebelum isu ini jadi besar, saya cuba untuk menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan memilih untuk tidak memaafkan dan nak memanjangkan pergaduhan. Saya diam sebelum ini sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan Ruhainies. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut, katanya.

Bercakap menerusi BH Online, Janna menjelaskan dia sudah menghantar Whatsapp kepada Ruhainies demi memberitahu perkara sebenar. Namun kenyataan Ruhainies pula, dia akan berkongsikan perbualan mesej tersebut apabila sudah bersedia nanti.

Apa pun, Janna Nick menyatakan dia memilih jalan untuk berdamai. Moga satu hari nanti, Janna Nick dan Ruhainies boleh keluar minum kopi sama-sama. Gaduh bagai nak rak pun tiada guna, industri hiburan tanah air ini kecil saja pun. (rtky/s)

7- Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut - ROTIKAYA 6- Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut - ROTIKAYA 4- Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut - ROTIKAYA 3- Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut - ROTIKAYA 2- Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut - ROTIKAYA 1- Makin Lama Ruhainies Makin Mengarut - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...