KUALA TERENGGANU – Kemelut yang melanda Negeri Terengganu yang melibatkan isu penarikan gelaran dan darjah kebesaran kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka akan dapat diselesaikan.
Menurut sumber kerajaan negeri perkara itu merupakan isu salah faham dan dijangka bakal selesai dalam masa terdekat.
“Tak, isu kecil dan laporan berita tersebut banyak yang tak betul
dan perkara ini dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
“Pada saya apa pun kita sepatutnya tunggu kenyataan rasmi dari pihak Istana Terengganu, mohon jangan sebarkan spekulasi,” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.
Terdahulu, Sultan Terengganu dikatakan murka terhadap ucapan Menteri Besar itu ketika mengiringi Baginda solat Jumaat kelmarin. -SuaraTV

Remaja Kurang Ajar Buat Kecoh Dalam Pawagam Di Jb, ...

Program Arkib@sekolah Tarik Minat Pelajar, Bawa Se ...

Bournemouth Malukan Arsenal Di Laman Sendiri ...

#autoshanghai2025: Geely Xingyuan (geome) 2025 Bak ...