ALOR SETAR – Peminat pasukan Helang Merah mula berkumpul di Stadium Darul Aman, dekat sini, seawal jam 9 pagi untuk mendapatkan tiket percuma perlawanan antara Kedah dan Terengganu, malam ini.
Tinjauan di Stadium Darul Aman mendapati sekurang-kurangnya 500 peminat sudah mula memenuhi perkarangan luar stadium bagi menuntut tiket percuma dengan beratur sejam lebih awal, walaupun kaunter hanya dibuka pada jam 10 pagi.
Keadaan di pekarangan luar stadium
Sebanyak 16 kaunter tiket dibuka di Stadium Darul Aman bagi pengedaran tiket percuma itu dengan seorang hanya boleh menuntut satu tiket sahaja, lapor BH.
Ia susulan pengumuman dibuat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) semalam untuk memberikan 24,000 tiket percuma kepada peminat bola sepak bagi menghargai kejayaan Helang Merah melangkah masuk ke Liga Super.

Posmen Hilang Ketika Pasang Tajur Ditemui Lemas ...

6 Peserta Tersingkir Terus! Danial Sheer Menyala ...

Polis Tahan Bekas Suami Pempengaruh Bantu Siasatan ...

Bn Menang Di Ayer Kuning, Tapi Umno Masih Gagal Ta ...