loading...

Govinda mohon maaf 
kepada peminatnya

MUMBAI- Bintang Bollywood terkenal, Govinda akhirnya akur dengan perintah Mahkamah Agung India supaya memohon maaf kepada seorang peminatnya setelah bertindak menamparnya ketika penggambaran filem Money Hai Toh Honey Hai dijalankan di Filmistan Studio pada 2008.

 

Pelakon itu dikatakan bertindak sedemikian terhadap Santosh Ray kerana mendakwa peminatnya itu berkelakuan tidak senonoh ketika di set penggambaran.

 

Berikutan tindakannya itu, Ray memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Bombay terhadap pelakon berkenaan.

 

“Saya hanya menyaksikan penggambaran filem kerana saya adalah peminatnya. Namun, kejadian itu membuatkan saya

terkejut dan saya hilang rasa hormat terhadapnya,” katanya kepada Hindustan Times.

 

Bagaimanapun, mahkamah telah membatalkan kes tersebut pada 2013 kerana Ray hanya memfailkan kes itu setahun selepas kejadian. Berikutan itu, Ray bertindak mengemukakan dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Agung India pada 2015.

 

Mahkamah kemudian bersetuju untuk mendengar pengakuan dan mengeluarkan notis terhadap Govinda. Pada mulanya, Ray mengemukakan dakwaan kes jenayah terhadap pelakon terbabit, tetapi peguamnya kemudian memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya akan berpuas hati dengan permohonan maaf, seperti yang dinyatakan oleh laporan media. -UTUSAN ONLINE


Previous
Next Post »
loading...