loading...

Mengandungnya Orang Lain, Dia Pula Yang Muntah. Biar Suami Rasa Macam Mana ‘Mabuk’ Tu!

Perkara biasa jika seorang wanita mengandung mengalami alahan. Muntah-muntah, loya tekak atau pening kepala adalah normal pada awal kehamilan. Ada sesetengah ibu yang mengalaminya sehingga tiba waktu kelahiran. Ada juga kes di mana suami yang mengalami kemabukan dan alahan.

Menurut Dr Erna Nadia, sindrom suami atau bapa yang mengalami alahan ini dikenali sebagai couvade syndrome. Ia adalah sejenis kehamilan simpatetik iaitu suami yang akan mengalami alahan mengandung tersebut. Namanya kehamilan simpatetik, tetapi bukanlah bermakna suami yang hamil.

SUAMI YANG ALAH?

‘Doktor, laki saya kan, saya pelik laaa, saya yang pregnant tapi dia yang over! Macam dia pulak yang bawak baby!’

‘Doktor tau, laki saya 9 bulan tak larat bangun! Macam dia pulak yang mengandung! Saya pun alah jugak, tapi boleh ja urus anak anak. Sabo jelaahh’

Haaaa biasa dengaq kan suami pun alah juga kalau isteri mengandung?

Ni namanya Couvade Syndrome.
Couvade Syndrome ni adalah sejenis kehamilan simpatetik di mana pasangan atau suami yang akan alami sama alahan memgandung tu.

Nama saja kehamilan simpatetik, bukanlah bermakna suami tu yang mengandung😅

Perkara ni ada biasa juga sebenarnya.
Suami akan alami simptom alahan yang sama seperti meloya, sakit badan, sakit kepala, muntah muntah, sakit perut, tak lalu makan yada yada yada.

Hal ini masih dalam kajian.
Ada yang kaitkan dengan psikologi iaitu di mana suami juga mengalami perubahan perasaan samada seronok atau teruja sangat, atau boleh jadi juga tak seronok.

Artikel Menarik: [Waktu Salin Lampin, Check Air Kencing Anak. Warna Kuning Pekat, Tanda Tak Cukup Susu]

Seronok sangat ni mungkin sebab dah lama gila tunggu baby ka, atau memang sejenis seronok terlebih kalau isteri mengandung sebab suka baby, atau apa sahaja yang buatkan suami tu over excited.

Sedih sangat ni boleh jadi suami tak bersedia lagi ka atau dok fikir pasal kewangan ka atau apa sahaja yang boleh buatkan suami tu banyak berfikir.

Ada juga yang kaitkan dengan perubahan hormon, yang mana paras testosterone mengalami pengurangan.

Apa sahaja pun sebabnya, keadaan ini ada kalanya boleh elok selepas 3 bulan atau sehinggalah baby keluar dari rahim isteri.

Keadaan ini tidaklah merbahaya langsung unless muntah melampau lah.

Artikel Menarik: [Jangan Ambil Remeh KAlau Gigi Susu Anak-Anak Berlubang! Infeksi Boleh Merebak Ke Otak]

Tapi, keadaan ini boleh diatasi.

Ingat, mind is power💪🏻

Sama juga untuk wanita,if kita asyik fikir kita tak larat,memang tak laratlah kita.
Ingat ya, mengandung bukan penyakit.
Maka, kita sendiri kena kuatkan mental dan fizikal kita.
Tak bolehlah kita asyik salahkan hormones sahaja
😊

So, bapa bapa atau bakal bapa di luar sana yang ada Syndrome Couvade ni, tabahkanlah diri. Lelaki kan hebat kuat gagah perkasa. Sebab anda juga isteri anda berbadan dua😝

Ada yang kata mengada ngada. Emm tak baik cakap gitu.
Lelaki pun ada sisi lembut juga kan. Depa cuma teruja ja tu
😋

Macam macam ragam kan manusia ni?
Comel comel aje
😘

Artikel Menarik: [Sekeras-Keras Hati Suami, Lihat Isteri Berjuang Lahirkan Anak Boleh Menitik Air Mata]

Nota kaki : Bagi suami yang takut darah tapi nak juga teman isteri, boleh try biasakan derma darah ke atau buat pemeriksaan darah sebelum isteria anda bersalin untuk try test tahap cuak anda🏻

Dr. Erna Nadia
Sado ka lidi ka, kalau nak kena Couvade Syndrome ni, kena juaa
😅

Sumber: Dr Erna Nadia

Previous
Next Post »
loading...