loading...

Kanak-Kanak Sekarang Lebih Banyak Guna Gajet Untuk Bermain, Itu Bukan Proses Yang Betul

Walaupun gadget mungkin memiliki fungsi pembelajaran yang bermanfaat untuk kanak kanak, jangan biarkan ia mengambil alih fungsi ‘BERMAIN’.


BERMAIN adalah satu proses penting untuk membantu perkembangan bayi dan kanak kanak kecil. Ia dapat membantu mereka untuk meneroka kemahiran baru dan mengilap idea.

Contohnya, menyusun susunan blok mainan dapat membantu meningkatkan fungsi motor halus dan koordinasi.

Bermain anak patung dan masak masak contohnya , dapat membantu meningkatkan fungsi sosial, emosi dan membina imaginasi.

Bermain layang layang, sorok sorok, bola sepak dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan membantu kecerdasan otak.

Apa yang membimbangkan, menurut kajian terkini, kanak kanak hari ini lebih banyak menggunakan gadget untuk ‘bermain’ berbanding mainan sebenar seperti anak patung, lego dan dam.

Penggunaan gadget dan pendedahan kepada skrin gadget secara berlebihan telah terbukti memberi kesan negatif kepada perkembangan bahasa, komunikasi, skil menyelesaikan masalah dan skil motor.

Sumber: Public Health Malaysia

Previous
Next Post »
loading...