loading...

Makin Buncit Perut Suami, Maknanya Isteri Selalu Paksa Makan Macam-Macam. Tanda Bahagia!

Bukan hanya wanita yang akan naik berat badan selepas berkahwin, tetapi juga para suami! Ya, betul. Isteri biasanya akan naik berat badan kerana faktor mengandung (kebanyakannya), tetapi suami semakin ‘membesar’ kerana beberapa faktor yang tanpa disedari membuatkan berat badan seseorang lelaki itu naik.

Jawapan klise yang diterima biasanya selepas berkahwin semakin bahagia. Sebab itulah badan bertambah gemuk. Betul ke bahagia ni bang? Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan suami naik berat badan secara mendadak, perut pun makin ke depan selepas berkahwin.

Sebetulnya, memang pasangan yang berkahwin akan melalui fasa bahagia dalam kehidupan mereka. Sebuah kajian yang diajalankan pada tahun 2013 oleh sekumpulan penyelidik dari Southern Methodist University di Dallas, Amerika Syarikat selama empat tahun dengan mengumpulkan data daripada 169 responden yang sudah berumah tangga.

Purata usia suami adalah 25 tahun dan isteri 23 tahun. Data dikumpulkan sebanyak lapan kali dan soalan yang ditanyakan kepada responden semuanya berkaitan perkahwinan. Dalam kajian itu, berat kedua-dua pasangan juga direkodkan. Kebanyakan responden yang bahagia dalam perkahwinan mereka kerana beberapa faktor yang lebih kurang sama.

1. TAK PERLU PASANG BADAN
Lelaki yang sudah berkahwin biasanya tidak mahu menjaga badan secara obses lagi kerana memegang prinsip terimalah pasangan seadanya. Apatah lagi isteri tetap sayang walaupun perut mulai buncit membuatkan suami merasa bahagia dan tidak tertekan untuk menjaga penampilan secara keterlaluan.

Artikel Menarik: [Anak Suka Melawan Cakap, Suami Isteri Asyik Bergaduh. Cuba Check Bilik Air, Confirm Kotor!]

2. MAKAN BERTEMAN
Lelaki yang sudah berumah tangga dan mendapat isteri yang suka memasak, memang payah! Confirm akan naik berat badan. Takkan nak tolak bila isteri ajak makan kan? Sedap pula tu. Tambahan pula, apabila sudah berkahwin semakin banyak explore tempat makan baharu dengan isteri, jadi sama-sama ‘naik badan’.

3. LAYAN MOVIE DEPAN TV
Apa kaitannya? Bila menonton televisyen di rumah, sudah tentulah isteri akan sediakan snek untuk dimakan sepanjang tontonan filem. Takkan makan salad kan? Paling tidak, bertih jagung atau sandwich kan. Tabiat menonton televisyen sambil bermalasan ini membuatkan suami naik berat badan dalam diam.

Artikel Menarik: [Ketika Solat Bersama, Suami Isteri Semai Cinta. Takkan Pernah Lupus!]

4. MAKIN BANYAK TIDUR
Terlalu letih dengan perubahan hidup selepas berumah tangga akan membuatkan tubuh menjadi stres. Apabila sudah berkahwin, ada pula isteri menemani di sebelah akan membuatkan suami tidur lebih nyenyak dan tidur pun lebih berkualiti. Ada juga sesetengah lelaki yang mungkin masih tidak selesa tidur berkongsi katil akan mengalami gangguan tidur dan menyebabkan berat badan naik kerana kurang rehat.

5. KENA HABISKAN MAKANAN ISTERI
Wanita ada tabiat suka merasa makanan tetapi sukar untuk menghabiskannya. Ini menjadikan suami mangsa untuk menghabiskannya. Sebab itulah suami yang akan mengalami peningkatan berat badan. Selera isteri pula pelbagai, sekejap makanan kampung. Esok nak makan western pula!

6. TANGGUNG JAWAB MAKIN BESAR
Semasa bujang, seleuruh perhatian boleh diberikan kepada dirinya sahaja. Tetapi selepas berkahwin dan mempunyai anak, perhatian akan beralih sepenuhnya terhadap keluarga. Tidak mempunyai masa untuk diri sendiri menjadikan suami mudah letih dan tertekan sekaligus meningkatkan selera makan mereka.

Previous
Next Post »
loading...