Sebagai ibu bapa sejauh mana kita cukup reda dan maafkan anak bila mereka ada melakukan kesilapan? Adatlah dalam hal ini akan ada situasi anak akan buat perangai dan ibu bapa akan termarah secara spontan.
Kadang tu benda yang kecil pun, kita cepat je marah anak. Mungkin waktu tu kita dalam keletihan dan tak dapat nak kawal perasaan. Menurut Pakar Psikologi, Maznah Ibrahim anak kecil pun boleh jadi pemaaf walaupun dimarah berkali-kali oleh ibu bapanya. Ini kan pula diri kita sendiri.
Saya yakin, sahabat saya semua di sini pemaaf orangnya.
Percaya tak, anak kecil juga amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang mudah simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri, mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi.
Semalam malam saya ada termarah anakanda sulung saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis).
Saya tersedar bila terbangun awal pagi dan teringat untuk minta maaf padanya sesegera mungkin.
Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf untuk insiden semalam.
Mukanya biasa aja, macam tak nak maafkan, hehe
Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita bersih, ringan dan boleh move on macamtu… dalam bahasa mudah saya bercerita.
Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang, sukar nak ke depan lebih jauh.
Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya (Adeh, mak eh ).
Saya pun puji dan ucapkan terima kasih, puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab memaafkan kesalahan saya.
Benarlah seperti saya selalu katakan, anak kecil emosinya ringan macam belon. Mereka amat suka main belon, dan beza orang dewasa tak kisah tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan? Sebab emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah.
Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya….
Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya… betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya.
Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional. Beza seorang anak dengan seorang ibubapa iaitu orang dewasa, dalam sebarang tindakannya.
Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi
Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman Pemurah dan Rahim Pengasihnya Allah, Pencipta kita.
Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita? Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu, mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya kita yang baaanyak sangat salahnya.
Kuncinya, jadilah seorang Pemaaf, kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita.
Saya merasakan, dan mempercayai, seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya.
Betapa seorang anak amat innocent, malah bijaksana jauh lebih smart dari kita, kerana kita banyak dipengaruhi judgement, hasil dari pengalaman lampau.
Betapa anak eczema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya, untuk mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya, dan dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya.
Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita! Kita? Tentunya banyak belajar dari mereka.
Sumber: Maznah Ibrahim