loading...

3 Hari Terjatuh Dalam Telaga 26 Meter, Akhirnya Sujith Disahkan Meninggal

Hampir tiga hari terjatuh ke dalam sebuah telaga terbengkalai semasa bermain dengan rakan-rakan pada petang jumaat 26 Oktober 2019, akhirnya Sujith Wilson kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Nadukattupatti di daerah Tiruchirappalli di Selatan India. Kanak-kanak malang itu dilaporkan jatuh 10 meter pada mulanya, namun sebenarnya dia jatuh lebih dalam sehingga 26 meter kedalaman telaga terbengkalai tersebut.

Usaha menyelamatkan Sujith memakan masa selama tiga hari namun akhirnya dia dilaporkan meninggal dunia. Menurut laporan terdapat bau busuk datang dari telaga setelah dua hari usaha menyelamat dijalankan dan setelah diperiksa, pasukan perubatan mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut telah pun meninggal dunia.

Operasi menyelamat memerlukan penggerudian secara besar-besaran di tapak telaga tersebut kerana sifat batuan keras di Kawasan itu menyebabkan ia menyukarkan operasi menyelamatkan Sujith.

“Mayat Sujith berada dalam keadaan terurai. Kami berupaya sedaya upaya untuk menyelamatkannya tetapi malangnya bau busuk telah mula datang dari dalam telaga di mana kanak-kanak itu jatuh. Proses penggalian telah dihentikan,” kata pesuruhjaya Bantuan Tamil Nadu, Dr. Radhakrisnan.

Warganet terkilan dan ralat dengan kejadian yang menimpa Sujith

Ekoran daripada kejadian tersebut, ramai warga net meluahkan rasa sedih dengan kematian anak kecil yang malang itu sehingga #RIPSujith trending teratas di Twitter.

Ada yang meluahkan rasa kecewa kerana menurut mereka meskipun dalam dunia yang serba serbi canggih dengan teknologi, seorang kanak-kanak yang terjatuh di dalam telaga tidak dapat diselamatkan.

sumber: SAYS & Indiatimes

Previous
Next Post »
loading...