loading...

Kanak-kanak Dipatuk Ular Sembunyi Dalam Kasut, Mohon Doa Cepat Sembuh

Musim hujan ni memang banyak haiwan berbisa berpindah dari habitat asal mereka dan mencari tempat perlindungan yang lebih panas. Antaranya di dalam rumah, dalam enjin kereta dan juga kasut atau tempat penyimpanan kain.

Sebab itulah, kita perlu memastikan Kawasan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan tidak mengundang haiwan-haiwan seperti ular, kala jengking dan sebagainya masuk ke Kawasan kediaman kita.

Tapi ya lah malang memang tak berbau, menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Zack Zai, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Iman Sufi dipatuk seekor ular berbisa yang bersembunyi di dalam kasutnya.

Iman sufi dipatuk di tangan dan kini dia sedang dirawat dihospital kerana insiden tersebut. Perkongsian tersebut juga memohon orang ramai untuk mendoakan Iman Sufi agar cepat sembuh.

Mohon doakan adik Iman Sufi agar cepat sembuh kerana di patuk ular pada tangannya. Ular berkenaan duduk dalam kasut dan adik ini tak perasan. Diharap semua berhati2 ketika meletakkan kasut di luar rumah. sebelum pakai cek dulu ya”

Melalui posting tersebut juga Zack Zai sempat menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletakkan kasut di luar rumah. Dia juga menyarankan orang ramai untuk periksa kasut terlebih dahulu sebelum memakainya.

Perkongsian itu juga turut mendapat respon ramai warga net dan kebanyakkannya mendoakan kesembuhan buat adik Iman Sufi.

Hati-hati ya semua!

sumber: Oh My Media & Facebook

Previous
Next Post »
loading...