loading...

Nampak Anak Nak Bangun Tidur, Cepat-Cepat Cium. Mesti Sepanjang Hari Moodnya Ok

Masalah bayi yang susah tidur pada waktunya selalu berlaku. Tentu saja keadaan ini memberi kesan mendalam hingga menjejaskan kualiti kehidupan terutama ibu bapa yang kepenatan akibat tidak cukup tidur.

Jika setiap hari ibu bapa melalui rutin sama dan tak cukup tidur, tentulah mengganggu emosi selain menjejaskan tumpuan menguruskan kerjaya dan kehidupan seharian.

Bagi bayi dan kanak-kanak pula, masalah tidak cukup tidur atau waktu tidur yang tidak tetap me­nyebabkan mereka sering meragam, merengek serta kurang ceria. Keadaan itu memberi kesan besar kepada pertumbuhan diri, emosi serta tahap intelektual kerana tumpuan terganggu dan menjejaskan pertambahan berat badan.

Bagaimana nak pastikan anak-anak kita dibiasakan tidur awal dan bangun dalam keadaan ceria tanpa meragam tak tentu pasal? Perkongsian dari penulis buku keibubapaan, Taufiq Razif ini cukup mudah.

Geram betul saya tengok mimik muka bangun pagi anak bongsu saya, Aesya Soolihah ni.

Ceria semacam!

Padahal mandi tak lagi tu dan tengah mamai lagi tu tapi dia punya vibe positif tu sampai pada saya!

Amalkan 3 Cara Ni, Anak Bangun Pagi Tak Meragam

Rupanya ada rahsia kenapa Aesya Soolihah ni jadi ceria macam ni. Ni saya kongsi 3 rahsia macam mana nak jadikan anak kita bangun pagi dengan wajah tersenyum senyum ceria.

Pertama, semalam isteri saya tidurkan anak saya awal daripada kebiasaan. Sebelum tidur dia akan pastikan dulu anak mandi dalam keadaan selesa. Rupanya bukan kuantiti jam tidur je kena jaga, kualiti tidur pun sama.

Barulah anak boleh masuk ke fasa ‘deep sleep’ dengan lebih cepat dan lama.

Kedua, saya spend banyak masa dengan anak anak semalam. Seharian duk gomol mereka sampai mereka puas. Rupanya sebelum tidur ni kita kena isi dulu tangki emosi mereka.

Kena bagi mereka rasa puas dulu. Kena peluk cium, bagi kata kata sayang dan buat aktiviti bersama mereka dulu rupanya. Pastu bila bermain dengan anak kena tinggalkan henfon tu jauh jauh. Kalau boleh campak henfon tu, campaklah pun takpe asalkan anak kita boleh rasa masa bersama kita 100% milik dia!

Ketiga, masa nampak je anak macam nak bangun tidur tu cepat cepat cium mereka. Kalau geram sangat, gomol je pipi comel mereka tu. Masam pun masamlah asal mereka rasa kita bagi 100% perhatian kita pada mereka.

Bila buat macam tu hormon bahagia Oxytocin tu akan meningkat dalam diri kita dan juga anak anak kita. Pagi pagi lagi dah dapat hormon bonding dan bahagia macam tu, anak dan ibu mana yang takkan bahagia kan?

Dah tahu ilmu ni tolong la ajar pada pasangan yang lain pula, mereka di luar sana juga berhak dapat anak anak yang bangun pagi pagi je dah jadi ceria, bahagia dan tersenyum gembira!

Sumber: Taufiq Razif

Previous
Next Post »
loading...