loading...

GP Malaysia jangka jualan tiket lebih 100,000

SEPANG, 28 Okt (Bernama) — Pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yakin dapat mencatat jumlah kehadiran lebih 100,000 penonton pada Grand Prix (GP) MotoGP Malaysia yang bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, berkata setakat ini lebih 80,000 tiket telah dijual dan jualan tiket diramal bertambah menjelang sesi ujian masa bebas, Jumaat ini.

Untuk rekod, jumlah kehadiran penonton tahun lalu adalah 169,827 orang.

“Kita yakin dapat mencapai jualan 100,000 keping tiket pada hari perlumbaan Ahad ini. Kita juga telah mencapai 90 peratus tahap persediaan di dalam dan luar litar,” katanya pada sidang media mengenai taklimat aliran trafik dan pengangkutan awam bersama wakil polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Rapid KL di SIC, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Razlan menasihatkan penonton ke Litar SIC menggunakan pengangkutan awam, termasuk bas Rapid KL dan penggunaan aplikasi e-hailing, MyCar sepanjang berlangsungnya kejuaraan itu bagi mengelak kesesakan trafik.

Beliau pada masa sama turut mendedahkan SIC telah membelanjakan lebih RM24 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian sekitar SIC sejak Januari lalu bagi memberi keselesaan kepada penonton yang hadir menyaksikan GP Malaysia.

“Ini adalah peruntukan yang kita dapat daripada penjimatan perlumbaan F1 yang terdahulu selepas kita tidak melanjutkan kontrak untuk mengadakan perlumbaan F1, dan kita meminta kebenaran daripada kerajaan untuk menggunakan peruntukan berkenaan untuk kerja-kerja pengubahsuaian SIC,” jelas Razlan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Muhammad Nizam Alias, berkata pihaknya akan menyediakan hampir 200 buah bas bagi memudahkan penonton pergi ke Litar SIC.

Beliau menjelaskan bas Rapid KL akan membawa penonton untuk menyaksikan GP Malaysia dari tiga tempat utama iaitu KL Sentral, KLCC dan KLIA, dan bas berkenaan akan mula beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu ini dan dari jam 8 pagi hingga 7 malam pada hari perlumbaan Ahad ini.

Beliau berkata jualan tiket bas Rapid KL telah mula dijual sejak 16 Okt lalu di empat stesen sekitar ibu negara, iaitu Stesen LRT Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan KL Sentral.

— BERNAMA

Adakah anda termasuk dari 100,000 itu? Admin tak kesempatan nak pergi ke sana tahun ini. Ada pekerjaan hakiki yang perlu diselesaikan. Untuk maklumat terkini sila ke laman web https://ift.tt/2WlBSdQ

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...